FITNAH 2.0 BERMULA

Hari ini di Mahkamah Persekutuan , Jalan Duta Kuala Lumpur bermula satu lagi perlaksanaan rencana jahat. Pertuduhan jenayah yang menjijikkan telah dibaca kepada DSAI namun tidak disertakan bukti yang ampuh bagi beliau membuat persediaan membela diri. Mahkamah Persekutuan pada bulan lepas menolak permohonan DSAI bagi mendapatkan dokumen penting untuk hujah pembelaan. Antara dokumen yang diminta oleh Anwar adalah kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful Bukhari, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan. Sankara Nair, salah seorang peguam DSAI berkata ” “We still don’t have the medical reports and it is hard for me to defend my client. One of my hands are tied and I am going
into this boxing ring,” .

DSAI tiba di Mahkamah pagi ini disambut laungan reformasi, laungan keramat yang menggegar Kuala Lumpur 10 tahun lepas pantas menyingkap memori silam. Bezanya kali ini DSAI tidak dibawa dengan tangan bergari dan mata yang lebam. Nyata semangat perjuangan beliau masih kuat walaupun usianya menginjak 62 tahun. Fitnah dan kejijikan yang direkayasa oleh sang penguasa zalim terus ditempuh. Kehadiran ratusan penyokong setiap disebalik sekatan-sekatan jalan seluruh negara serta sahabat handai DSAI sedikit sebanyak memberi kemenangan moral kepadanya.

Pagi ini, peguam DSAI meminta mahkamah mengeluarkan perintah Sapina kepada Najib dan Rosmah yang didakwa turut memainkan peranan dalam pertuduhan ini. Ianya jelas apabila Najib mengaku Shaiful bertemu dengannya dua hari sebelum membuat laporan Polis. Peguam DSAI minta agar keduanya memberi keterangan di Mahkamah untuk mendapatkan penjelasan.

Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang bagi mendengar keputusan permohonan tersebut.

Perbicaraan kali ini turut menggamit pemerhati dari seluruh dunia. Antara yang kelihatan ialah wakil dari Kedutaan British, Jepun, Kanada,Switzerland dan ramai lagi.

Sementara itu di sekitar kawasan Mahkamah, laungan Reformasi, Hidup Rakyat, Hidup Anwar dan banyak lagi laungan semangat terus bergema. Mungkin kerana gusar dengan kehadiran ramai pemerhati dari seluruh dunia, pihak Polis hanya memerhati sahaja. Walaupun terdapat dua percubaan menghentikan ucapan YB Tian Chua serta merampas kain rentang, namun setelah diherdik penyokong DSAI yang sangat emosional serta melihatkan teguhnya semangat penyokong beliau, pihak Polis kelihatan agak kendur.

*Menyusul lagi…

~ by norhizwan on February 2, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.